Alhamdulillah,kita panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT,kerana memberi kelapangan dan keizinan untuk kita bersama-sama menghadiri persidangan UMNO Bahagian Kangar 2008.Sesungguhnya,Persidangan kali ini membawa erti yang mendalam dalam hidup saya dan rakan-rakan pemuda,kerana pada kali ini Pergerakan Pemuda UMNO yang telah bersidang pada 02Hb November yang lalu,telah diizinkan Allah menunaikan hasrat dan nawaitu saya yang suci kepada perjuangan Parti,setelah diberi kepercayaan oleh perwakilan pada persidangan pemuda,untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar sepanjang penggal yang akan datang ini.Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi,yang menunaikan impian saya untuk berbakti dan berjuang kepada Agama,Bangsa dan Negara yang berdaulat dan Merdeka.Saya menerima amanah yang diberikan ini dengan penuh rasa tanggungjawab,Sebagai hadiah dan penghargaan yang amat bermakna kepada perjuangan saya bersama rakan-rakan selama ini.
Selawat dan
Kini,UMNO Bahagian kangar telah pun mempunyai saf kempipinan baru,termasuk daripada ketiga-tiga sayap Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri.Kita amat yakin,Barisan kepimpinan yang telah dipilih oleh para perwakilan yang telah matang,akan terbina satu pasukan kepimpinan yang mantap untuk melafazkan iltizam memikul tanggungjawab dan menyempurnakan amanah dan ikrar untuk memulia,memertabat,menjulang dan menyatukan ibarat pantun melayu lama:-
Buluh Aur jangan Dibelah,
Titi
Janji Ikrar jangan Bertukar
Bersendikan amanah dan bersandarkan ikatan perpaduan selama inilah, yang menjamin kejayaan kita mengharungi episod demi episod yang tidak pernah lekang menguji ketabahan Pergerakan Pemuda yang tidak pernah luntur,Melahirkan Serikandi-serikandi Pergerakan Wanita,ketabahan hati dan keutuhan semangat juang yang cekal daripada Pergerakan Puteri serta menterjemahkan kematangan mendidik perjuangan tanpa mengenal erti jemu dari Saf-saf kepimpinan UMNO Bahagian Kangar.
Kita masih ingat,Saat parti pembangkang bersorak gembira meraikan kemenangan mereka di lima negeri pada Piliharaya ke 11 yang lalu,Kita bagaikan hidup seorang,terpinggir dan tersisih daripada semua yang menyaksikan episode luka tersebut.Dengan keyakinan yang jitu,Ikatan persahabatan yang padu serta iltizam semangat perjuangan yang membara,telah membuktikan bahawa kita Berjaya memikul amanah setelah Berjaya memenangi dan mempertahankan Negeri pada Piliharaya yang lalu dengan tersemat rasa kepuasan apabila Parlimen Kangar mendapat penambahan majority yang tinggi malah merupakan salah satu daripada kerusi Parlimen yang beroleh kejayaan yang membanggakan.
Sejarah telah menzahirkan bahawa UMNO adalah sebuah parti keramat,Hakikat ini telah membawa bersama pengertian yang tersendiri. Pengertian akan kenyataan bahawa UMNO ditubuhkan atas ketentuan dan bukannya kebetulan.Ketentuan niat,ketentuan matlamat,ketentuan berkat dan iradat ilahi.Sejarah juga telah membuktikan bahawa setiap era kepimpinan parti keramat ini telah ditentukan.Ketentuan yang tidak boleh dinafikan,Ketentuan kepimpinan yang setiapnya membawa erti dan makna yang besar kepada perjuangan Agama,Bangsa dan Negara kita yang berdaulat dan merdeka..
Semakin kita mencatat kemenangan,semangan lebar tuntutan yang perlu dipenuhi,Semakin kita beroleh kejayaan,Semakin tinggi cabaran perlu didaki,Saya ingin mengikat diri saya dan kepada semua di antara kita ini,Marilah kita bersama-sama memuhasabahkan diri,agar tidak merasa selesa dengan kemenangan sebagai pemimpin Parti,Kemenangan yang di perolehi adalah sebuah amanah kepercayaan daripada akar umbi untuk menakhoda,membela dan membuat jasa yang seperti diterjemahkan melalui lagu ‘Ikrar Pemuda’.
Pergerakan Pemuda dibawah kepimpinan saya bersama Jawatankuasa,adalah sentiasa disematkan dengan idealisme berakal mentafsir sesuatu perkara,bersifat rendah diri tetapi bukan mengalah,Berani kerana Benar,Menghormati kepada yang menghormati,Menjadi pendesak kepada pihak yang mendesak,Menjadi Pahlawan kepada pihak yang berlawan dan Menjadi benteng utama kepada perjuangan UMNO Bahagian.
Amanah yang diberi anugerah Ilahi
Tersemat didada semangat Taming Sari
Perjuangan Pemuda demi Generasi
Agar nasib anak bangsa tidak sekali-kali di perjudi
Dalam membina sebuah Intergriti pemimpin masa hadapan,Pergerakan Pemuda ingin menzahirkan hasrat nurani bersama nawaitu yang suci,Bahawanya ahli-ahli pemuda di akar umbi,tidak lagi mahu ditafsirkan sebagai hanya semata-melaksanakan kerja,tetapi pemuda yang telah melalui arus kemodenan pada alaf ini telah melonjakkan budaya yang seiring dengan anjakan paradigma yang tidak disedari,Justeru itu..Untuk mengelakkan penghijrahan dan kembali meminati gerak daya usaha berkongsi memberi ruang berkongsi pendapat dan sebuah kepimpinan untuk mereka mengeluarkan idealisme-idealisme yang dapat membantu Parti dan kepimpinan akar umbi.
Melihat daripada keputusan Pilihanraya umum ke11 baru-baru ini,Jumlah,Jumlah pengundi daripada saluran muda banyak memberi kemenangan kepada Parti,Apabila tibanya Pilihanraya ke 12 nanti,di anggarkan sejumlah 1000.000 ahli pemuda layak mengundi,Untuk menjana generasi pemuda menyokong parti.Pemuda menyarankan agar Parti yang menguasai kerajaan Negeri,Agar merangka peruntukan pembiayaan dan perancangan kampong-kampung diberi nafas baru kepada pemuda.komponen penting dalam mewujudkan asas ekonomi yang viable melalui suntikan pelaburan menjana pelaburan untuk ekonomi pemuda akar umbi yang perlu disegerakan
Bagi memastikan perancangan dan agenda melayu ini terlaksana, Pemuda menegaskan bahawa kewujudan sistem pemantauan dengan keupayaan yang mencukupi hendaklah diberi penekanan bagi ia berfungsi secara aktif sebagai pengimbang dan pembetulan kepada sistem penyampaian yang digunakan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan sulung saya sebagai pepimpin sayap kepimpinan parti, pergerakan pemuda Umno bahagian Kangar memberi periktirafaan serta menghargai juang iklas pahlawan melayu sejati yang telah mengutamakan perjuangan parti melabihi kepentingan diri diberikan khas kapada Yang Berhormat Kekanda Ahmad bakri Dato Ali Mantan ketua yang kami sayangi.
Pemimpin berganti menabur jasa
Bermula dari sayap Puteri,Pemuda dan Wanita
Selamat memimpin kepada YAB Dato Seri Md Isa
saya akhiri ucapan saya dengan serangkap kata kata daripada buku barani gagal apa bila seorang samurai berani bertarung ianya bersedia menghadapi maut tetapi yang lazimnya musuhnya itu lah yang selalu menemui ajalnya.Terima kasih kasih
ahu